Thursday, June 25, 2009

Episode : 15

Aku menyambutnya, menandatangani resit penerimaan dan menghempas pintu betul-betul di depan lobang idung mamat penghantar barang itu tanpa bercakap sepatah pun, walaupun sebaris ucapan terima kasih kepadanya.

Lantak ko laaaa mamat... Nyampah aku, pesal ko datang tengahari bute nih... Aku emo tawwww kalo terima tetamu masa nih.... Bebelku seorang diri. Bungkusan berbalut indah di tanganku tidak ku belek-belek seperti selalu. Buat hape aku nak belek, memang kompem bukan aku punye pon. Balik-balik kalo dapat bunga ke, bungkusan ke, hape ke... Mestilah untuk si Sofea Jan*e tu. Mana pernah orang hantar apa-apa untuk aku. Mimpi jek laaaa ko Sofea Jun....

Tiba-tiba ku dengar derap kasut tumit tinggi Jimmy Choo yang dipakai oleh Sofea Jan*e. Majikanku itu memang giler dengan rekaan cina kaya yang dah lama menempa nama di luar negara itu. Sofea Jan*e nampak jelita di dalam dress ungu singkat separas lutut. Ahhh... Aku rasa kalo dia pakai kain batik dengan t-shirt pon mesti jelita.. Almaklumlah orang cantik kannn.. Lain laa aku nih.. Kalo pakai gaun malam rekaan Vera Wang pon kompem memang huduh... Huhuhuuuu...

"Aku nak pergi Spa Q nih..ada appointment..", kata Sofea Jan*e sambil memasukkan handphone mahalnya ke dalam handbag LV terbaru yang baru dibelinya minggu lepas ketika bercuti di London. Bau haruman Jadore kesukaannya menerawang ke segenap ruang. Aku terbuai dengan keharuman itu.

"OOOOIIIII... Aku cakap dengan ko nih. Yang ko pejam-pejam mata feeling tak pasal-pasal nih kejadahnyer????", herdik Sofea Jan*e. Aku terkesima. Cepat-cepat ku buka mata yang separuh terpejam dek kerana menikmati bau haruman Sofea Jan*e tadi.

"Cik Sofea.. Tadi nih ada bungkusan untuk cik...", kataku sambil menghulurkan bungkusan yang ku abaikan tadi. Sofea Jan*e membelek penuh ghairah.. Suka laa tu dapat hadiah lagi... Huhhh... Kad comel yang ditampal pada hadiah itu dibaca.. Tiba-tiba wajahnya berkerut. Senyum manis yang terukir di bibir mongelnya tadi menghilang.

"Ooooiiiii.... Ko nak memainkan aku ke??? Bungkusan nih untuk ko lah...", katanya.

"Isy... Takkanlah cik sofea. Sapa pulak nak bagi hadiah kat saya??", balasku seraya cuba mengontrol lobang idungku yang mula mengembang ngempis seiring dengan debaran yang berombak secara tiba-tiba di dalam dadaku.

"Ni ko tak baca ke... Untuk Sofea Jun Bte Samdol Kamat. Samdol Kamat tu kan bapak ko... Nama bapak aku lain.. Tu lah ko ni... Dah berapa kali aku suruh tuko nama, ni nama nak sama dengan aku.. Isy... Nyusah btol laaa.... Lain kali baca laa dulu. Ko orang gaji ke aku orang gaji nak bacakan untuk ko??? Ko nih potong mood aku jek ari nihhhh... Nyampah tawwwwwwwww.......", Sofea Jane sudah membebel panjang sambil menghentak-hentakkan tumit kasut Jimmy Choo nyer koleksi yang entah ke berapa ratus pasang itu lalu berlalu pergi.

Elehhhh.... Bengang laaa tu... Hahahhahahaa... Aku tergelak di dalam hati. Owhhh.. Aku segera mencapai bungkusan tersebut dan membaca sendiri...

"Untuk Sofea Jun Bte Samdol Kamat...". Btollahhh.. Aku laaa tu... E'ehhh siap tulis nama bapak aku pulak nih... Isy... Dari siapa nihhh...

"Dari... dari....", e'ehhhh... Kecik pulok tulisannya.... Cepat cepat aku mencapai cermin mata ala-ala pelakon 'Ku Untukmu' dan ku pakai.. Aaahhhhh... Barulah jelas..

"Dari.......................... DETECTIVE CONAN?????????????????????????????"


Nukilan Intan

No comments: