Tuesday, June 23, 2009

Episode : 7

"Woi!! Aku taknak ckp dgn kau lah perempuan! Aku nak cakap dgn Edward Cullen". Aku menjerit marah sebagai tanda protes kerana kebodohanku yg terlupa menambah kredit telefon.

Aku bertanya sendirian, kenapakah nasibku malang sentiasa. Dikala umurku yang semakin mencecah 35 tahun ini, hatiku ini masih belum dimiliki. Rakan-rakanku semuanya sudah beranak empat, malah dua tiga rakanku sudah merasa berkahwin dua kali, dan rakanku yg seorang itu dah naik turun mahkamah nak masuk 5 kali. Namun aku, sekali pun tidak pernah merasa erti sebenar perkahwinan. Oh syahdunya..

Kerana tidak mahu terlalu hanyut dibuai kesedihan, aku lantas mengangkat pungungku ke kerusi di ruang tamu. Ku capai majalah URTV. Ku belek setiap helain dan terhenti di saat aku terlihat wajah Memey.

"Umur setahun jagung macam ni dah boleh rembat laki orang. Pandai pulak dia pilih yang macho-macho macam Norman Hakim", bisikku sendirian.

"Kalau semua lelaki asyik nak sambar awek-awek muda macam Memey, aku ni jawabnya tak berlakilah sampai ke tua", sambungku lagi.

Lantas aku terus.....


Nukilan Jua

No comments: