Thursday, June 25, 2009

Episode : 13

Ya gila..... Memang gila.... Dan mmg puaka.... Sepuaka kehodohan ku ini...

Aku juga tahu yg kecantikan itu hanya sementara. Sementara jugalah yang bakal ku kecapi.. Seperti derita yang ku alami ini. Mengapa aku ditakdirkan menjadi makhluk dua alam... Eh.. Talam dua muka... Eh..Bukan... Makhluk dua rupa!
Ya... Aku juga mempunyai 'split' personalitas.

Jika Puteri Fiona ditakdirkan cantik rupawan di siang hari dan menjadi hodoh piang di malam hari...aku pula ditakdirkan menjadi cantik tatkala hujan mula menyimbah bumi dan akan bertukar menjadi hodoh piang tatkala sang suria sedang bermegah memanahkan cahayanya di muka bumi.... Dan kerana itu lah juga..rancangan kegemaranku hanyalah segmen 'ramalan kajicuaca'..

Argh.. Mengapa donia seolah2 menangis melihat aku yg rupawan dan ceria tatkala melihat ku dirudung kehodohan? Mengapa tidak gembira dengan kecantikan ku... Seolah2 kecantikan yg sementara itu mengundang kecelakaan kepada sesiapa sahaja yang memandangku.. Mengapa harus begini?... Mengapa....

Ya... Semasa jambangan mawar merah itu sampai pagi tadi, hujan masih lagi renyai2 di luar jendela. Kini matahari sudah pon memancar terik di atas kepala. Terasa panahan cahayanya ke atas kulit mukaku yang tiba2 terasa seperti permukaan bulan ini.

"Argh... Mengapa tidak terus hujan sahaja hari ini?", bisik hati kecil ku.....


Nukilan Momidanialia

No comments: