Thursday, June 25, 2009

Episode : 11

.....ialah merencana tindakan demi tindakan yang bakal ku ambil untuk mengukir sebuah impian. Tika dan saat ini aku akan menjejak maju. Aku tidak akan menoleh lagi. Ku gapai buku akaun Hong Leong Bank yang ku selitkan di antara helaian tinta cinta, lipatan kenang-kenangan yang masih tersemat rapi dalam Peti Rahsia. Niatku ingin memeriksa angka-angka baki yang terkini. Aneh, kerana walau mimpi-mimpiku ingin berlari di kaki pelangi dan mengecap sirna rembulan, namun dalam soal wang, kakiku nyata berpijak di landasan yang bernama hakikat. Peti Rahsia itu ku buka dengan cermat. Tanpa ku sedari, jari-jemariku tersentuh warkah-warkah rindu yang pernah menjadi peneman di kala hati ini pedih menahan kedinginan malam yang menggigit. Mindaku menerawang. Terus-menerus menyusuri pantai kenangan. Menerobos segala isinya. Pada si dia. Dan tentang aku, sang pencinta. Aku digamit memori silam itu sekali lagi. Aku, dia dan sebalang almond London....


Nukilan Zufa

No comments: