Tuesday, June 23, 2009

Episode : 10

Dengan seberapa segera aku mencapai telefon bimbit ku buat kesekian kalinya dan terus mendail Bedah pembantu rumah jiran sebelah yang mungkin tahu nombor kontek NIYANG RAPIK yang berdekatan... Owh, sekali lagi suara yang tidak aku gemari berkumandang..

"Kredit anda tidak mencukupi, sila tambah nilai".

Owh! Kenapalah nasibku begini. Sudahlah dipandang hina, banyak jerawat batu, bermajikankan Sofea Ja*ne yang kejam, tiada kenaikan gaji... Pelupa pulak tuh!
Tadikan aku dah kena dengan penjawab telefon tidak di undang itu...

"Kenapalah sengal sangat aku nih!", marah ku pada diriku sendiri sambil membaling telefon bimbitku ke tepi....

Tiba tiba otak pintarku mendapat satu idea bernas untuk kebaikan diriku sendiri... Nasib ku mesti diubah! Cukuplah segala penderitaan yang aku alami sekian lama ini... Aku tidak mahu lagi derita...

"Owh, dalam diam bijak juga aku rupanya", pujiku pada diriku...

Aku bertekad tidak mahu menggunakan khidmat EDWARD CULLEN mahupun NIYANG RAPIK... Aku mahu membuat PLASTIC SURGERY. Aku nekad!! Tapi harus muka siapakah yang aku inginkan.. Macam Memey kah supaya sesiapa pon mudah terpikat padaku...

Yosh! Aku harus segera bertindak demi impianku ini. Langkah pertamaku.....


Nukilan UmiSufira

No comments: