Monday, June 8, 2009

Episode : 4

Tiba-tiba..

'Ding Dong'
Terjaga aku dari lamunan jauh. Kedengaran bunyi door bell rumahku di tekan seseorang dari luar.

"Cik Sofea ke? Ada bunga utk anda, sila tandatangan di sini", terjongol seorang jejaka dari muka pintu sebaik sahaja daun pintu itu ku kuak. Di tangannya ada sejambak mawar merah dan sebelah tangan lagi menghulurkan sesuatu untuk aku tandatangani.

Aku terpempan seketika melihat raut wajahnya. Raut wajah itu mengingatkan aku pada sesuatu.

"Cantik bunga ni, secantik penerimanya", dia berkata lagi.

Baru aku sedar aku sedang merenung wajahnya. Lalu aku tunduk dan terus melarikkan tandatanganku dia atas kertas yg dia hulurkan kemudian jambangan mawar merah itu beralih tangan.

"Terima kasih", ucapku seraya menutup pintu.

Kad kecil yang terselit dalam jambangan itu kuambil dan........


Nukilan Iszan

No comments: