Wednesday, July 8, 2009

Episode : 20

Dengan terketar-ketar dan sedikit gabra aku bergegas mengangkat telefon.

"Hello, aku ni..aku balik lewat malam ni sebab ada jemputan makan malam di hotel, ko tak payah masak malam ni, kalau ko lapar mkn je maggy mee" lantas telefon dihempas tanpa sempat aku berkata-kata!! Sombong dan ego sungguh majikan ku itu. Patutlah sampai sekarang ko tak kawin-kawin! Tak reti nak hormat orang, walaupun aku hanyalah maid tapi aku tetap manusia, manusia ciptaan tuhan dan layak untuk dihormati!!

Kemudian aku teringat kembali kepada DVD tadi. Lega, sekurang-kurangnya aku mempunyai sedikit masa untuk membetulkan keadaan DVD ini. Bagaimana? Apa harus ku lakukan..? Think Think Think… Walaupun aku hodoh tapi aku sedar, aku ini bijak, kalau tak kerana gaji manager restaurant di Jawa Barat itu jauh lebih rendah dari gaji maid di Malaysia ini, harus aku pohon untuk jawatan itu, aku layak kerana aku yakin aku ini bijak. Ahh lupakan Wak Seman. Aku tak mahu terhutang budi padanya.. aku yakin aku mampu! Bak kata Handy Manny.. "I break it, i fix it"

Ingat..Ingat kembali apa yang Minah cakap hari tu..ku buka kembali apa yang ku pasang sebentar tadi. Ayuh mulakan dari mula "buka, putar dan cungkil isi dalaman DVD player tu dan cantum kembali semua nye hingga keluar gambar".

Kali ni aku terasa seperti segalanya dipermudahkan tuhan, berkat hobi bermain puzzle sewaktu kecil, aku berjaya memasang kembali semua komponen itu..yeah!!! Aku berjaya, syukur kepada tuhan dan aku amat berterima kasih pada Minah. Thank you Minah! Dan yang pasti aku akan berjaya merungkai satu misteri, misteri tentang DVD dan isi kandungannya. Misteri tentang apa yang ku buat waktu summer?Adakah musim summer di Malaysia ini? Bukankah di Malaysia ini hanya ada iklim khatulistiwa, panas dan lembap sepanjang tahun dan tiada musim-musim tertentu, apakah ini satu kesilapan? Tapi ku belek2 sampulnya, yea nama aku. Betul dan tepat sekali ejaannya.Oooh alangkah bestnya jika ini DVD Winter Sonata..

Ahh tak perlu berteka teki lagi, pasang saja DVD dari Detective Conan ini dan lihat apa isinya,aku mencapai remote control, butang play ku tekan..dan aku menantinya dengan perasaan yang berdebar-debar. Tiba-tiba…


Nukilan MamaDanish

Episode : 19

terburailah segala isi perut DVD player majikan ku itu...

"hah sudah! apa seterusnya?" aku buntu. Aku belek satu persatu komponen-komponen kecil di hadapanku.

"Apa benda ini?" Ahhh...sungguh asing bagiku. Tak pernah aku lihat benda serupa begini.

"Minah takde pulak sebut ada pasal nih. Ishh, bagaimana ya?" kepala otak ku ligat mengingat kembali kata-kata Minah. "Di buka, di putar dan di cungkil nye isi dalaman DVD player tu dan di cantum kembali semua nye hingga berjaya mengeluarkan gambarnya" Hmmm.. Aku sudah buka, aku sudah putar, aku sudah cungkil isinya..

"Ohh, sekarang hanya perlu cantumkan sahaja" detik hatiku dengan penuh gembira. Aku yakin kali ini aku pasti berjaya. Maka aku dengan penuh gigih cuba memasukkan kembali komponen-komponen kecil yang berselerak di atas lantai. Akan tetapi...

"Hah, kenapa tak muat nih??" Aku terduduk. Di tanganku masih ada lagi saki baki komponen yang tak berjaya disumbat masuk ke dalam. Aku hairan. Aku buntu. Ahhh..macam mana nak tutup nih? Ligat otakku berfikir.

Tiba-tiba mataku terpaku melihat jam di dinding. Hatiku berdebar kuat melihat jarum jam yang menunjukkan angka 8. Sekejap lagi majikanku akan pulang. Nasi belum ditanak, hidangan belum disediakan. Apa aku nak buat kalau si Sofea Ja*ne tu sedar aku dah jahanamkan DVD player nya.

"Ahh..ni Minah la punya pasal, bawak dakyah palsu!" bentakku menyalahkan Minah, cuba untuk menutup kebodohan sendiri. Kalaulah aku tahu akan jadi begini, baik dari awal aku minta bantuan Wak Seman, region hacker yang terkenal di seantero Malaya itu.

"Nak berdikari konon. Huh!" Rengusku sendiri. Lantas terbayang wajah Wak Seman yang tak kurang hensemnya walau dah berumur. Wajah itulah yang membayangi aku selama ini. Bertahun-tahun lamanya Wak Seman tidak putus asa melamarku untuk dijadikan isterinya yang keempat. Tidak! Aku tak mahu terhutang budi, takut nanti tergadai body!! Aku tidak sanggup hidup bermadu. Walau Wak Seman kaya dari hasil kepakarannya itu, tapi aku tidak sanggup berkongsi kasih.

"Ahh Wak Seman, andainya engkau masih bujang...bukannya aku tak suka, kadang2 senyum manismu itu lah yang ku mimpikan saban hari" aku tersenyum sendiri dilamun angau asmara. Tiba-tiba,

"Kringgg, kringggg" telefon berbunyi.....


Nukilan Mommy2H

Episode : 18

Aku nekad untuk melakukan sesuatu pada DVD player majikan ku itu... macam mana ya????.. aku tiba-tiba teringat akan kawan ku Minah yang tinggal di tingkat 12 tu katanya dia pernah nampak majikan nye melakukan operasi pada DVD player yang mereka beli untuk dapat kan "region-free" tu.... aku mesti cuba... Minah kata macam mudah sahaje tuan nye melakukan operasi tersebut... umpil2 aje ruang dalam tu.... mmmmm ..aku cuba imbas kembali perbualan dengan Minah 3 bulan yang lepas...

"heh Pea, tuan aku tu punya DVD baru, udah dua minggu dibelinye tapi kata nya enggak boleh di mainkan dengan DVD dari negara lain...." cerita si Minah pada ku...

"kok gitu.. rugi dong..." aku berkata dengan rasa hampa je...walaupun bukan aku punya....

"idak non...baru kelmarin tuan udah cuba melakukan operasi, kok sudah berjaya dimainkan apa sahaja DVD dari mana saja dong..." Minah bercerita penuh gembira...

"bagaimana tuan ko bikin?" aku bertanya dengan perasaan ingin tau....

"Di buka, di putar dan di cungkil nye isi dalaman DVD player tu dan di cantum kembali semua nye hingga berjaya mengeluarkan gambarnya" cerita Minah penuh infomasi pada ku...

"ooo gitu ya.... untung loo" kata ku penuh kagum ...

Masih tergambar apa yg Minah ceritakan itu dibenak otak aku yg dah
serabut ni.... satu idea yang bijak... bijak jugak kepala otak aku ni..
begitu pantas berfikir.....

"aku bisa buat begitu...umpil sahaja dalamannye.." detik hati ku...umpama aku seorang pakar bedah plastik...oooppps...silap... pakar bedah DVD player....aku nekad mencuba demi sebiji DVD dari Detective Conan itu... aiikkk apasal lak aku terasa sesuatu bermain di dalam hati aku bila ku sebut nama itu... dub dab dub dab......tak mengapa ..abaikan... yang penting... aku perlu mengoperasikan DVD player majikan ku itu......aku cuba dan cuba dan cuba lagi....... akhir nye.......


Nukilan Rizza

Episode : 17

...... Apakah aku bermimpi di siang hari? Aku yang pesan kah? hmmm... Ku garu kepala yang tidak gatal... Tapi jari jemariku tersangkut di celah2 rambut ku yang berketak2 itu... ouch! Yer, aku juga perlu rebonding rambut ini... Rambut yang kusut masai ni menambahkan lagi hodoh wajah ku... Apa lah nasib badan... Ku mengeluh lagi buat kesekian kalinya...

Seumur hidupku, aku tidak pernah mempunyai dvd... Nak top-up kredit talipon bimbit pon tidak mampu, apatah lagi membeli dvd... Simpananku yang seciput dalam Hong Leong bank itu, hanyalah cukup2 sahaja untuk ku buat tambang Air Asia, sekiranya aku tiba-tiba perlu pulang ke kampung halaman di Jawa Barat, kot2 ada hal kecemasan... Tapi, nasib baik laa majikan ku si Sofea Ja*ne itu kaya raya... aku belajar guna dvd player di rumah nya ini...

Ku belek2 dvd itu.. dan ternampak sehelai post-it-note yang di salotape di bahagian bawah covernya, yang tertulis..... "I know what you did last summer!"

Aku terkesima... Ku ingat tiada siapa yang mengetahui rahsia keji ku itu, melainkan aku juga... Adakah aku di blackmail oleh Detective Conan? Ahh, berlari2 anak aku ke ruangan home theater... Kelam kabut aku masukkan dvd itu ke dalam dvd player, dengan hati berdebar-debar... Malangnya, yang terpapar di skrin plasma TV itu hanyalah warna biru sahaja... Seolah-olah blue screen di komputer...

Ku ambil dvd cover dan belek di bahagian belakang...

Arghhh, kenapalah Detective Conan hantar dvd region 2 nie? NTSC pula tue... Tau lah duduk di Jepang, tapi format siap2 laa DVD nie... Sofea Ja*ne pon satu, belilah region-free DVD player... kedekut sungguh! Aku merengus kuat... Nasibku bagaikan sudah jatuh, di lenyek lori balak pula... Macam mana sekalipon aku wajib tengok isi kandungan dvd nie... Aku nekad...


Nukilan Arnie

Episode : 16

"Detective Conan???"

Jadahnya budak kecik yang perasan besau tu bagi aku bungkusan yang tahapehape je isinya.. mana la tau kot2 dia taruk bom ke untuk menghapuskan aku bersama kehuduhan muka ku hasil persepakatannya dengan orang2 yg benci untuk menengok muka ku ini.. yela, ala2 kematian Altantuya kan ke boleh dijadikan inspirasi kepada mereka2 yang amat2 berniat jahat terhadap ku??? Habis lunyai lah tulang belulang ku nanti..

"Arghhh... perlukah aku membukanya sekarang atau meminta bantuan unit pengesan bom untuk memastikan kandungan bungkusan ini benar2 selamat untuk aku buka???"

"Ya ampunnnnn... Mengapa mereka2 ini sering menambah kekusutan dalam hidupku...
Mentang2 lah aku sendirian di bumi Malaysia ini yang sudah terkenal di seantero Indonesia sebagai lubuk emas bagi mereka2 yang ingin mencari dikit kesenangan untuk meneruskan hidup seperti ku... Wallah.. Siapakah aku yang mahu menelepon ke ke sana sini untuk meminta perhatian.. Pasti aku akan diketawa'in."


Kejap pegangan tanganku memegang bungkusan tersebut, dan aku terus melewati dapur untuk ke rungan kecil aka stor yang telah aku diami selama aku bekerja di sini.. Tujuan ku ke situ hanya satu... untuk membuka bungkusan yang aku terima dari Detective Conan bentar tadi..

"Bismillahirrohmannirrohim.." ingat pulak aku dengan bacaan ini setelah kepala berhempas pulas dok mikioq aku bakal berhubungan dengan Puaka Niyang Rapik itu...

Jeng..jeng..jeng.. Huh!!! DVD rupanya... apakahhhhhhh????????.....................


Nukilan Ealyie