Wednesday, July 8, 2009

Episode : 20

Dengan terketar-ketar dan sedikit gabra aku bergegas mengangkat telefon.

"Hello, aku ni..aku balik lewat malam ni sebab ada jemputan makan malam di hotel, ko tak payah masak malam ni, kalau ko lapar mkn je maggy mee" lantas telefon dihempas tanpa sempat aku berkata-kata!! Sombong dan ego sungguh majikan ku itu. Patutlah sampai sekarang ko tak kawin-kawin! Tak reti nak hormat orang, walaupun aku hanyalah maid tapi aku tetap manusia, manusia ciptaan tuhan dan layak untuk dihormati!!

Kemudian aku teringat kembali kepada DVD tadi. Lega, sekurang-kurangnya aku mempunyai sedikit masa untuk membetulkan keadaan DVD ini. Bagaimana? Apa harus ku lakukan..? Think Think Think… Walaupun aku hodoh tapi aku sedar, aku ini bijak, kalau tak kerana gaji manager restaurant di Jawa Barat itu jauh lebih rendah dari gaji maid di Malaysia ini, harus aku pohon untuk jawatan itu, aku layak kerana aku yakin aku ini bijak. Ahh lupakan Wak Seman. Aku tak mahu terhutang budi padanya.. aku yakin aku mampu! Bak kata Handy Manny.. "I break it, i fix it"

Ingat..Ingat kembali apa yang Minah cakap hari tu..ku buka kembali apa yang ku pasang sebentar tadi. Ayuh mulakan dari mula "buka, putar dan cungkil isi dalaman DVD player tu dan cantum kembali semua nye hingga keluar gambar".

Kali ni aku terasa seperti segalanya dipermudahkan tuhan, berkat hobi bermain puzzle sewaktu kecil, aku berjaya memasang kembali semua komponen itu..yeah!!! Aku berjaya, syukur kepada tuhan dan aku amat berterima kasih pada Minah. Thank you Minah! Dan yang pasti aku akan berjaya merungkai satu misteri, misteri tentang DVD dan isi kandungannya. Misteri tentang apa yang ku buat waktu summer?Adakah musim summer di Malaysia ini? Bukankah di Malaysia ini hanya ada iklim khatulistiwa, panas dan lembap sepanjang tahun dan tiada musim-musim tertentu, apakah ini satu kesilapan? Tapi ku belek2 sampulnya, yea nama aku. Betul dan tepat sekali ejaannya.Oooh alangkah bestnya jika ini DVD Winter Sonata..

Ahh tak perlu berteka teki lagi, pasang saja DVD dari Detective Conan ini dan lihat apa isinya,aku mencapai remote control, butang play ku tekan..dan aku menantinya dengan perasaan yang berdebar-debar. Tiba-tiba…


Nukilan MamaDanish

No comments: