Wednesday, July 8, 2009

Episode : 19

terburailah segala isi perut DVD player majikan ku itu...

"hah sudah! apa seterusnya?" aku buntu. Aku belek satu persatu komponen-komponen kecil di hadapanku.

"Apa benda ini?" Ahhh...sungguh asing bagiku. Tak pernah aku lihat benda serupa begini.

"Minah takde pulak sebut ada pasal nih. Ishh, bagaimana ya?" kepala otak ku ligat mengingat kembali kata-kata Minah. "Di buka, di putar dan di cungkil nye isi dalaman DVD player tu dan di cantum kembali semua nye hingga berjaya mengeluarkan gambarnya" Hmmm.. Aku sudah buka, aku sudah putar, aku sudah cungkil isinya..

"Ohh, sekarang hanya perlu cantumkan sahaja" detik hatiku dengan penuh gembira. Aku yakin kali ini aku pasti berjaya. Maka aku dengan penuh gigih cuba memasukkan kembali komponen-komponen kecil yang berselerak di atas lantai. Akan tetapi...

"Hah, kenapa tak muat nih??" Aku terduduk. Di tanganku masih ada lagi saki baki komponen yang tak berjaya disumbat masuk ke dalam. Aku hairan. Aku buntu. Ahhh..macam mana nak tutup nih? Ligat otakku berfikir.

Tiba-tiba mataku terpaku melihat jam di dinding. Hatiku berdebar kuat melihat jarum jam yang menunjukkan angka 8. Sekejap lagi majikanku akan pulang. Nasi belum ditanak, hidangan belum disediakan. Apa aku nak buat kalau si Sofea Ja*ne tu sedar aku dah jahanamkan DVD player nya.

"Ahh..ni Minah la punya pasal, bawak dakyah palsu!" bentakku menyalahkan Minah, cuba untuk menutup kebodohan sendiri. Kalaulah aku tahu akan jadi begini, baik dari awal aku minta bantuan Wak Seman, region hacker yang terkenal di seantero Malaya itu.

"Nak berdikari konon. Huh!" Rengusku sendiri. Lantas terbayang wajah Wak Seman yang tak kurang hensemnya walau dah berumur. Wajah itulah yang membayangi aku selama ini. Bertahun-tahun lamanya Wak Seman tidak putus asa melamarku untuk dijadikan isterinya yang keempat. Tidak! Aku tak mahu terhutang budi, takut nanti tergadai body!! Aku tidak sanggup hidup bermadu. Walau Wak Seman kaya dari hasil kepakarannya itu, tapi aku tidak sanggup berkongsi kasih.

"Ahh Wak Seman, andainya engkau masih bujang...bukannya aku tak suka, kadang2 senyum manismu itu lah yang ku mimpikan saban hari" aku tersenyum sendiri dilamun angau asmara. Tiba-tiba,

"Kringgg, kringggg" telefon berbunyi.....


Nukilan Mommy2H

No comments: